Syarat-syarat

KEDAI KOS RENDAH (KKR)

SYARAT-SYARAT KEBENARAN PINDAH MILIK

Penjual/Pemohon

  1. Pemilikan hartanah mestilah MENCUKUPI ATAU MELEBIHI 5 TAHUN DARI TARIKH CF/CCC BAGI PEMILIK PERTAMA. MANAKALA JIKA TRANSAKSI KETIGA & SETERUSNYA TEMPOH 5 TAHUN ADALAH BERASASKAN TARIKH PERJANJIAN JUAL BELI SEDIA ADA
  2. Pengenaan kadar Fi bayaran permohonan kebenaran pindah milik :
    1. Permohonan Baru : RM50.00
    2. Rayuan Kali Pertama : RM50.00
    3. Rayuan Kedua Dan Seterusnya : RM100.00

Pembeli/Penerima

  1. WARGANEGARA MALAYSIA dan berumur 18 TAHUN KE ATAS
  2. Syarat pendapatan pembeli dan pasangan hendaklah :

    BIL JULAT HARGA PASARAN /
    (SUB-SALE)
    HAD PENDAPATAN DIBENARKAN
    1 RM120,000.00 – RM180,000.00 RM10,000.00
    2 RM180,001.00 – RM240,000.00 RM12,000.00
    3 RM240,001.00 DAN KE ATAS RM15,000.00
  3. Pembeli dan pasangan TIDAK PERNAH MEMILIKI SEBARANG HARTANAH UNTUK TUJUAN KOMERSIAL
  4. Pembeli atau pasangan TINGGAL/BEKERJA di Negeri Selangor atau dalam kawasan Lembah Klang
  5. Tertakluk kepada KELULUSAN PIHAK BERKUASA NEGERI.

RUMAH KOS RENDAH (RKR)/ JENIS A

SYARAT-SYARAT KEBENARAN PINDAH MILIK

Penjual/Pemohon

  1. Pemilikan hartanah mestilah MENCUKUPI ATAU MELEBIHI 5 TAHUN
  2. Tertakluk kepada KELULUSAN PIHAK BERKUASA NEGERI
  3. Pengenaan kadar Fi bayaran permohonan kebenaran pindah milik :
    1. Permohonan Baru : RM50.00
    2. Rayuan Kali Pertama : RM50.00
    3. Rayuan Kedua Dan Seterusnya : RM100.00

Pembeli/Penerima

  1. WARGANEGARA MALAYSIA dan berumur 18 TAHUN KE ATAS
  2. Jumlah pendapatan pembeli dan pasangan TIDAK MELEBIHI RM5,000.00
  3. Pembeli dan pasangan TIDAK PERNAH MEMILIKI SEBARANG RUMAH DI SELANGOR ATAU KAWASAN LEMBAH KLANG
  4. Pembeli dan pasangan hendaklah TINGGAL ATAU BEKERJA DI SELANGOR ATAU KAWASAN LEMBAH KLANG
  5. Tertakluk kepada KELULUSAN PIHAK BERKUASA NEGERI.

RUMAH SELANGORKU (JENIS B, C, DAN D)

SYARAT-SYARAT KEBENARAN PINDAH MILIK

Penjual/Pemohon

  1. Pemilikan hartanah mestilah MENCUKUPI ATAU MELEBIHI 5 TAHUN
  2. Tertakluk kepada KELULUSAN PIHAK BERKUASA NEGERI
  3. Pengenaan kadar Fi bayaran permohonan kebenaran pindah milik :
    1. Permohonan Baru : RM50.00
    2. Rayuan Kali Pertama : RM50.00
    3. Rayuan Kedua Dan Seterusnya : RM100.00

Pembeli/Penerima

  1. WARGANEGARA MALAYSIA dan berumur 18 TAHUN KE ATAS
  2. Jumlah pendapatan pembeli dan pasangan TIDAK MELEBIHI RM12,000.00 dan tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa