Jenis A/RKR/KSR dan setaraf dengannya

Hartanah Harga Kawalan Negeri Selangor

Rumah Kos Rendah (RKR) / Rumah Awam Kos Rendah (PAKR) / Rumah Selangor Jenis A / Kos Sederhana Rendah Dan Rumah Selangorku (Jenis A Hingga E) Dan Rumah Idaman MBI Dan Rumah Harapan (Jenis E Khas)

  1. Pemilikan hartanah mestilah mencukupi atau melebihi 5 tahun
  2. Tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa negeri
  3. Pengenaan kadar fi bayaran permohonan kebenaran pindah milik :– Permohonan baru, rayuan pertama dan rayuan seterusnya: RM100.00
  1. WARGANEGARA MALAYSIA dan berumur 18 TAHUN KE ATAS dan bermastautin di Negeri Selangor.
  2. Tempoh pemilikan hartanah mestilah mencukupi 5 tahun daripada tarikh perjanjian jual beli / kontrak lelongan sebelum boleh dijual semula (sub-sale).
  3. Had jumlah pendapatan bakal pembeli atau isi rumah (suami dan isteri) di tetapkan berdasarkan julat harga pasaran hartanah seperti di JADUAL 1 di bawah :
    Jadual 1
    Bil. Julat Harga Pasaran
    (Jenis A/RKR/KSR/ setaraf dengannya)
    Had Pendapatan Isi Rumah dibenarkan (RM)
    1 RM 100,000.00 dan ke bawah 5,000.00
    2 RM 100,001.00 – RM 250,000.00 9,000.00
    3 RM 200,001.00 – RM 300,000.00 12,000.00
    4 RM 300,001.00 – RM 500,000.00 15,000.00
    5 RM 500,001.00 dan ke atas Tidak tertakluk
  4. Bakal pembeli dan pasangan (suami/isteri) TIDAK MEMILIKI SEBARANG RUMAH DI NEGERI SELANGOR (Terpakai bagi Bil. 1, 2 dan 3 sahaja – Jadual 1);
  5. Bakal pembeli dan pasangan (suami/isteri) HENDAKLAH MENETAP ATAU BEKERJA DALAM NEGERI SELANGOR ATAU DALAM KAWASAN LEMBAH KLANG.
  6. Bagi kes-kes Pindah Milik kasih sayang/rela hati tanpa paksaan yang tiada hubungan kekeluargaan dan belian/pemilikan secara lelongan dari tarikh mementerai kontrak lelongan (Perisytiharan Jualan) masih tertakluk kepada syarat tempoh 5 tahun. Selain daripada kes di atas seperti pesaka dan perintah mahkamah tidak tertakluk kepada syarat-syarat kebenaran pindah milik. Walau bagaimanapun, PENERIMA MASIH PERLU BERDAFTAR DENGAN LPHS MENGIKUT PROSEDUR PERMOHONAN KEBENARAN PINDAH MILIK.
  7. Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) yang dilucuthak dan diberimilik kepada LPHS untuk tujuan penjualan semula kepada orang awam akan tertakluk kepada had pendapatan dan syarat-syarat permohonan kebenaran pindah milik seperti di Jadual 1 memandangkan harga jualan adalah berdasarkan penilaian semasa dan kos baik pulih.
  8. Penetapan kadar fi pemprosesan yang baru bagi setiap kategori permohonan kebenaran pindah milik yang baru di LPHS adalah seperti berikut :-

    Bil. Kategori Permohonan Bayaran Fi (RM)
    1 Permohonan kali pertama, rayuan pertama dan rayuan seterusnya RM100.00

     

615