Hartanah Harga Kawalan Negeri Selangor
Rumah Kos Rendah (RKR) / Rumah Awam Kos Rendah (PAKR) / Rumah Selangor Jenis A / Kos Sederhana Rendah Dan Rumah Selangorku (Jenis A Hingga E) Dan Rumah Idaman MBI Dan Rumah Harapan (Jenis E Khas)
- Pemilikan hartanah mestilah mencukupi atau melebihi 5 tahun
- Tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa negeri
- Pengenaan kadar fi bayaran permohonan kebenaran pindah milik :– Permohonan baru, rayuan pertama dan rayuan seterusnya: RM100.00
- WARGANEGARA MALAYSIA dan berumur 18 TAHUN KE ATAS dan bermastautin di Negeri Selangor.
- Tempoh pemilikan hartanah mestilah mencukupi 5 tahun daripada tarikh perjanjian jual beli / kontrak lelongan sebelum boleh dijual semula (sub-sale).
- Had jumlah pendapatan bakal pembeli atau isi rumah (suami dan isteri) di tetapkan berdasarkan julat harga pasaran hartanah seperti di JADUAL 1 di bawah :
Jadual 1 Bil. Julat Harga Pasaran
(Jenis A/RKR/KSR/ setaraf dengannya)Had Pendapatan Isi Rumah dibenarkan (RM) 1 RM 100,000.00 dan ke bawah 5,000.00 2 RM 100,001.00 – RM 250,000.00 9,000.00 3 RM 200,001.00 – RM 300,000.00 12,000.00 4 RM 300,001.00 – RM 500,000.00 15,000.00 5 RM 500,001.00 dan ke atas Tidak tertakluk - Bakal pembeli dan pasangan (suami/isteri) TIDAK MEMILIKI SEBARANG RUMAH DI NEGERI SELANGOR (Terpakai bagi Bil. 1, 2 dan 3 sahaja – Jadual 1);
- Bakal pembeli dan pasangan (suami/isteri) HENDAKLAH MENETAP ATAU BEKERJA DALAM NEGERI SELANGOR ATAU DALAM KAWASAN LEMBAH KLANG.
- Bagi kes-kes Pindah Milik kasih sayang/rela hati tanpa paksaan yang tiada hubungan kekeluargaan dan belian/pemilikan secara lelongan dari tarikh mementerai kontrak lelongan (Perisytiharan Jualan) masih tertakluk kepada syarat tempoh 5 tahun. Selain daripada kes di atas seperti pesaka dan perintah mahkamah tidak tertakluk kepada syarat-syarat kebenaran pindah milik. Walau bagaimanapun, PENERIMA MASIH PERLU BERDAFTAR DENGAN LPHS MENGIKUT PROSEDUR PERMOHONAN KEBENARAN PINDAH MILIK.
- Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) yang dilucuthak dan diberimilik kepada LPHS untuk tujuan penjualan semula kepada orang awam akan tertakluk kepada had pendapatan dan syarat-syarat permohonan kebenaran pindah milik seperti di Jadual 1 memandangkan harga jualan adalah berdasarkan penilaian semasa dan kos baik pulih.
- Penetapan kadar fi pemprosesan yang baru bagi setiap kategori permohonan kebenaran pindah milik yang baru di LPHS adalah seperti berikut :-
Bil. Kategori Permohonan Bayaran Fi (RM) 1 Permohonan kali pertama, rayuan pertama dan rayuan seterusnya RM100.00